Rabu, 8 September 2010

SALAM AIDIL FITRI



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATHIN

1 SYAWAL 1431H

Ahad, 8 Ogos 2010

Return of The King - Continue

Barangkali kita harus mencari bukti yang lebih kuat untuk menyelami kenapa kota Konstantinople menjadi lambang kemunculan Dajjal. Apabila ia berjaya ditakluki oleh umat Islam di bawah arahan seorang sultan terbaik sepanjang sejarah gerakan ketenteraan umat Islam, ia melambangkan kemenangan Islam. Kenapa tidak kekalahan umat Islam di Spain disebut sebagai petanda keluarnya Dajjal.

Untuk merungkai rahsianya, terdapat hadis Nabi saw yang mengingatkan umatnya supaya membaca surah al-Kahfi agar terselamat daripada fitnah al-masih Dajjal. Namun jika kita membaca al-Quran surah al-Kahfi dengan khusyuk serta mengetahui makna setiap perkataan dalam surah itu, kita tidak menemui nama al-masih Dajjal disebut di dalamnya.

Juga sudah tentu secara harfiah, kita tidak menemui hubung kait dengan kota Konstantinople. Namun jika kita membaca ayat 4 - 5 surah al-Kahfi, maka kita boleh menghubungkaitkan surah al-Kahfi dengan kota Konstantinople. Ayat 4 dan 5 surah al-Kahfi itu maksudnya:

“Dan juga Al-Quran itu member amaran kepada orang-orang yang berkata: ‘Allah mempunyai anak’. (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta”.
(Surah al-Kahfi : ayat 4 – 5)

Ayat ini merujuk kepada kepercayaan Kristian berkenaan Nabi Isa as yang dipercayai penganut Kristian sebagai ‘Putera Tuhan’. Dalam kepercayaan Kristian, Tuhan adalah tiga dalam satu, iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus. Kepercayaan bahawa Nabi Isa as atau Jesus Christ sebagai Son of God atau ‘Putera Tuhan’ bukan ajaran Nabi Isa as yang sebenar, tetapi adalah ajaran yang berasal dari Paulus.

Paulus yang dianggap sebagai ‘rasul Kristian’, yang menyampaikan ajaran Nabi Isa as sebenarnya tidak pernah menjadi murid Nabi Isa as. Malah Paulus tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa as. Sebaliknya, Paulus pada mulanya adalah musuh kepada Nabi Isa as yang terlibat dalam penangkapan dan penyiksaan pengikut-pengikut Nabi Isa as dengan kejam.

Prof. Dr. Ahmad Shalaby melalui buku beliau Perbandingan Agama-Agama Masehi memetik pengakuan Paulus sendiri yang mengakui bahawa dia pernah bersikap kejam terhadap para pengikut Nabi Isa as.

Paulus berkata, “Saya Yahudi Farisi bin Farisi atas harapan bangkitnya mayat-mayat. Kamu telah dengar dahulu dalam agama Yahudi bahawa saya adalah orang yang menyeksa gereja Tuhan secara melampaui batas dan melebihi teman-teman sebangsa saya kerana saya sangat cemburu mengenai tradisi-tradisi nenek moyang saya”.

Lukas, murid setia Paulus, mendedahkan kekejaman Paulus terhadap para pengikut Nabi Isa as:

“Saul (iaitu panggilan lain terhadap Paulus) rela orang-orang Masihi dibunuh, dia menyerbu gereja, memasuki rumah-rumah dengan menarik lelaki dan perempuan serta di penjarakan dan dia selalu mengancam untuk membunuh murid-murid Tuhan (iaitu para murid Nabi Isa as)”.

Pada tahun 38 Masihi, ketika Paulus atau Saul dalam perjalanan dari Jerusalem ke Damsyik dan telah hampir dengan Damsyik, kononnya secara tiba-tiba dia melihat cahaya memancar dari langit dan mendengar suara ghaib yang menyerunya, “Saul! Saul! Kenapa engkau menyiksaku?!”

Paulus lalu bertanya, “Siapakah engkau?”

Kononnya Paulus mendengar jawapan,

“Akulah Jesus yang kamu seksa”.

Lalu Paulus bertanya, “Hai Tuhan. Apakah yang akan engkau lakukan?”

Lalu kononnya Paulus mendengar suara berkata, “Bangunlah dan berpeganglah pada agama Masihi”.

Menurut Lukas, “Semenjak itulah dia (Paulus) menyebarkan di dalam pergaulan-pergaulannya tentang al-Masih (Nabi Isa as) bahawa dia anak Tuhan”.

Paulus sendiri mengakui bahawa dia tidak mengajar Injil yang merupakan wahyu Allah kepada Nabi Isa as, sebaliknya dia mengakui menerima ‘wahyu’ langsung dari Nabi Isa as yang didakwanya sebagai ‘anak Tuhan’ atau Son of God.

Ujar Paulus, “Saya memberitahu saudara-saudara bahwa Injil yang saya tablighkan itu bukanlah menurut perhintungan manusia sebab saya tidak menerimanya dari manusia dan saya tidak diajar, tetapi adalah ilham secara langsung dari Jesus Christ (Nabi Isa as)”.

Jadi jelaslah, kepercayaan Kristian bahawa Nabi Is as adalah Putera Tuhan mula disebarkan oleh Paulus pada tahun 38 Masihi, bukan melalui para murid Nabi Isa as yang berguru secara langsung dengan Nabi Isa as. Sebaliknya Paulus merekacipta akidah baru atas nama Nabi Isa as, bahawa Nabi Isa ialah ‘Putera Tuhan’ yang naik bertakhta ke langit di sebelah Tuhan.

Ajaran yang dimunculkan oleh Paulus atas nama Nabi Isa as itulah yang disebut oleh al-Quran dalam Surah al-Kahfi ayat 4 - 5, “Dan juga Al-Quran itu member amaran kepada orang-orang yang berkata: ‘Allah mempunyai anak’. (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta”.

Jadi Paulus, warga Rome yang nama Yahudinya pula dikenali sebagai Saul adalah Anti Christ atau Dajjal versi Kristian. Namun, apa pula hubungan Paulus dengan Konstantinople? Jawapannya, kota Konstantinople mendapat nama itu sempena dengan nama pendiri kota itu, iaitu Constantine the Great.

Constantine the Great yang membangunkan Kota Konstantinople dan menamakan kota itu sempena namanya pada tahun 325 Masihi mengisytiharkan ajaran Paulus, bahawa Nabi Isa as adalah Putera Tuhan sebagai akidah rasmi agama Kristian Empayar Byzantium. Kemudian agama Kristian dari kerajaan Byzantium itu berpecah kepada dua. Satu aliran Ortodoks dan satu lagi adalah Katholik yang berpusat di Rome.

Sejak itu, ajaran tauhid Nabi Isa as dianggap bida’ah dan diperangi habis-habisan. Kisah penghuni gua yang di ceritakan dalam Surah al-Kahfi adalah kisah pada zaman berlakunya penindasan dan kekejaman terhadap ajaran tauhid Nabi Isa as, bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Pada 325 Masihi, satu mesyuarat diadakan di kota Nicea, di mana seramai 2 048 orang Uskup hadir dengan pendirian masing-masing. Ketika mesyuarat berlangsung, berlaku perdebatan hangat dan kecoh tentang akidah Kristian. Sebahagian menentang bahawa Nabi Isa as adalah ‘Putera Tuhan’. Mereka merupakan jumlah teramai, iaitu seramai 1 730 orang.

Sedangkan sebahagian lagi berkeras berpegang bahawa Nabi Isa as adalah ‘Putera Tuhan’. Mereka terdiri dari hanya 318 orang Uskup sahaja. Namun, Constantine the Great telah bersetuju dengan pihak minoriti itu. Ini kerana fahaman bahawa Nabi Isa as adalah ‘Putera Tuhan’ sesuai dengan kepercayaan Constantine sendiri, yang pada masa itu belum menganut agama Kristian. Sebaliknya dia menganut agama pagan.

Oleh itu, jelaslah bahawa kota Konstantinople adalah lambing ajran anti Christ yang merupakan sebutan Kristian terhadap al-Masih Dajjal.

Penaklukan Sultan Muhammad al-Fatih, boleh dikatakan bahawa baginda telah meruntuhkan lambang Dajjal versi Kristian, iaitu Kota Konstantinople. Baginda mengubahnya menjadi sebuah kota dalam wilayah Islam, yang sekarang dikenali sebagai Istanbul.

Tetapi menurut hadis Abu Daud, penaklukan kota Konstantinople tanda kemunculan Dajjal. Ia adalah Dajjal akhir zaman, iaitu Dajjal yang mengancam umat Islam dan ajaran Islam. Dajjal yang ditegaskan Rasulullah saw melalui sabdanya akan muncul di sebelah Timur!

Ia tidak lain tidak bukan adalah kebangkitan kuasa laut dunia Kristian yang dimulakan oleh Sepanyol dan Portugal pada akhir abad ke-15, yang bermula dengan penjelajahan angkatan laut Sepanyol dan Portugal untuk menjajah dunia Islam di sebelah Timur. Menyekat dan mengganggu pelayaran perdagangan umat Islam. Dalam misi penjelajahan dan penjajahannya, Sepanyol dan Portugal sangat dipengaruhi semangat perang salib yang memerangi Islam.

Sepanyol melupuskan kerajaan Islam Filipina (1565 Masihi), sementara Portugal memansuhkan Ketuanan Melayu Islam ke atas Melaka (1511 Masihi). Itu bukan Dajjal yang sebenar-benarnya, tetapi suatu petanda untuk gerakan Dajjal yang seterusnya.

Penjelajahan penjajahan Sepanyol dan Portugal direstui oleh Gereja Katholik di Rome melalui Perjanjian Tordisilla.

Ketika Sepanyol dan Portugal hilang kekuasaannya, ia diganti oleh Belanda dan Inggeris , dan Dajjal akhir zaman semakin nyata kelihatan. Dan ia kian nyata sehingga kini, jelas seperti matahari. Sabda-sabda Rasulullah saw merupakan kiasan yang bertepatan dengan kenyataan masa kini. Apakah kita ingin menafikan bahawa kita sedang di belenggui Dajjal? Apakah kita perlukan bukti-bukti yang lebih lanjut lagi? HK

Isnin, 21 Jun 2010

Mision & Vision...

Dajjal terus menerus dengan agendanya untuk melaksanakan Misi dan Visi dengan menghantar BALA TENTERANYA yang berupa Yahudi,Nasrani dan Majusi. Maka kesimpulan dari KEMUNCAK matlamat dan Hala Tuju Dajjal untuk mencapai MAKSUD serta TUJUAN,maka Bumi dan BANGSA yang menjadi SASARAN yang terfokus ialah Bumi MELAYU.

Mengapa Bumi MELAYU? Sebabnya Bumi Melayu adalah bumi yang masih mempunyai banyak ULAMA dan Rakyat yang BERSYUKUR. Dan masih banyak yang masih mengekalkan cara hidup ISLAM. Antara panggilan tentera DAJJAL ini ialah YAKJUJ wa MAJJUJ.

Siapakah SASARAN individu dan Bumi yang terpilih? Tidak lain WANITA Islam yang tidak TERPIMPIN dan lelaki yang menguasai Ilmu Agama. Buminya pula ialah di mana ramainya Bangsa yang menampilkan KEISLAMAN. Maka sbb itulah AMerika menceroboh bumi Afgan dan Iraq, dan bumi MELAYU di resapi dengan BUDAYA HENDONISME iaitu BUDAYA TIDAK LAGI YAKIN DENGAN CARA ISLAM NEGARA AKAN MAJU DAN MODEN. Maksudnya untuk maju mesti ikut cara Yahudi dan Kristian.

Apa PERANAN besar WANITA di akhir zaman?

WANITA di maksudkan BERPERANAN BESAR DI AKHIR ZAMAN ialah WANITA MUSLIM yang MUKMIN

1. Sesuai dengan Hadis Nabi saw sbg Tanda Besar Kiamat ialah bilangan wanita lebih ramai dari lelaki. dengan nisbah yg ada sekarang 6: 1. membuktikan bahawa untuk menyedarkan wanita untuk kembali kepada mengamalkan Islam adalah di kalangan Wanita sendiri.

2. Dengan penguasaan wanita di dalam Ilmu Akademik di Pusat Pengajian Tinggi, tidak semestinya wanita pakar dalam ILMU2 yang membawa kepada Pegangan dan Pengamalan Cara Hidup sebagai seorang Islam. Maka di kalangan wanita yang mempunyai KEFAHAMAN ISLAM yang DI PIMPIN oleh Lelaki yang TERPIMPIN maka wanita inilah yang di perlukan untuk turun ke gelangan Dakwah.

3. Dengan bilangan wanita yang ramai dan bekerjaya, berpangkat dan berharta. Mudah memenuhi keperluan dan kemewahan dunia. Maka secara jelas RASA HARAP dan PERLU PADA PIMPINAN LELAKI YANG BERAGAMA seperti tidak penting bagi mereka2 ini. Sebabnya wanita2 ini tidak perlu lagi BERGANTUNG HARAP kepada LELAKI dalam MEMENUHI keperluan mereka dalam KEPERLUAN DUNIA mereka. Hanya yang masih membayang dan merasakan pentingnya LELAKI bagi mereka ialah wanita2 yang PERLU kepada NAFKAH BATIN.Itupun disebabkan adanya NALURI kepada itu. Bukanya PENTINGnYA lelaki kepada mereka atas DASAR PIMPINAN AGAMA.

Di sebabkan ramainya wanita yang dapat memenuhi KEPERLUAN DUNIA mereka, maka mereka merasakan mereka telah MEMPUNYAI SATU SUPER POWER tanpa bergantung kepada. Dan ada yang merasakan tidak perlu pada kehadiran lelaki. mAKA wanita seperti inilah yang menjadi SASARAN dajjal untuk di ambil dan di kumpul sebagai bala tenteranya.

sumber:
http://www.salamcyber.com/zulkipli/blog/

Khamis, 1 April 2010

History of The King

Percayakah anda bahawa Al-Masih Ad-Dajjal yang disebut-sebut oleh para ulama' Islam berdasarkan Hadis Nabi SAW, sudah pun keluar semenjak kira-kira lebih lima setengah abad lalu?

Seorang penulis Islam yang juga tokoh politik yang pernah menjadi senator, Almarhum Amaluddin Darus yakin bahawa Al-Masih Ad-Dajjal keluar menguasai seluruh manusia di dunia dan juga umat Islam tepat pada tanggal 20 Jamadil-Awwal 857 Hijriah atau bersamaan 29 Mei 1453.

Amaluddin Darus menegaskan keyakinannya itu pada tahun 1980 melaluisebuah buku yang diterbitkannya sendiri (Abad Enterprise) berjudul Impian Yahudi Menjelang Ajalnya.

Berdasarkan sebuah hadis Nabi yang terdapat dalam Sunan Abu Daud, serta perkembangan sejarah Barat dan umat Islam, Amaluddin Darus percaya bahawa tanda-tanda kemunculan Dajjal ialah apabila tertakluknya Konstantinopel (Istanbul) ke tangan umat Islam melalui Sultan Muhammad Al-Fateh – Sultan Turki Dinasti Uthmaniah.

Hal ini dinyatakan beliau bersandarkan sebuah hadis yang bermaksud, “Kemakmuran Baitulmaqdis tanda kelumpuhan Madinah, dan lumpuhnya Madinah tanda timbulnya peperangan-peperangan dan berlakunya peperangan-peperangan yang besar tanda jatuhnya kota Konstantinopel, dan jatuhnya kota Konstantinopel tanda keluarnya Dajjal”.

Beliau menegaskan , “Sesungguhnya kejadian-kejadian yang telah berlaku tepat seperti yang telah diberitahu oleh Rasulullah SAW seperti hadis di atas ini bermakna sudah beratus tahun lamanya, iaitu sejak selepas 20 Jamadil Awal 857 Hijriah bersamaan 29 Mei 1453 Masihi, Dajjal telah keluar menipudaya manusia Kristian dan Muslimin dan lain-lain supaya menurut jalan-jalan yang diatur olehnya bagi kehancuran manusia dan menjadikan manusia berpaling dari jalan Allah dan tidak berterima kasih kepada Allah”.

Amaluddin Darus merupakan penulis yang gmar berbicara tentang Dajjal Akhir Zaman. Beliau yakin, kuasa Dajjal merupakan kuasa konspirasi Zionisme yang menguasai dunia melalui tamadun moden Barat, yang bermula selepas Zaman Pertengahan Eropah, di mana kuasa gereja mendominasi politik Eropah.

Persoalannya, apakah pandangan Amaluddin Darus yang menegaskan bahawa Dajjal Akhir Zamantelah muncul pada tahun 1453 Masihi, iaitu bersempena kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih menawan kota Konstantinopel yang kemudiannya berganti nama sebagai Istanbul masih relevan sehingga sekarang.

Jawapannya adalah 'ya' jika kita mengkaji dan mendalami maksud hadis Abu Daud yang dijadikan hujah oleh Ustaz Amaluddin Darus itu bersama-sama sejarah perkembangan peradaban Barat (Dunia Kristian) moden atau Eropah, dan juga sejarah umat Islam.

Mari kita menganalisis hadis Abu Daud yang menegaskan bahawa kemakmuran Baitulmaqdis, tanda mundurnya Madianah (Yathrib). Kita dapati bahawa selepas kematian Khalifah Uthman, umat Islam mengalami krisis politik yang hebat, dan Madinah Al-Munawwarah tidak lagi berfungsi sebagai pusat kekhalifahan Islam atau pusat politik Islam.

Pada zaman bermulanya Dinasti Umaiyyah (661-750M) yang dipelopori oleh Mu'awiyah bin Abi Sufyan, pusat pemerintahan umat Islam atau pusat politik Islam berada di Syam. Sebagaimana yang kita tahu, Baitulmaqdis terletak di wilayah Syam.

Kemudian, Dinasti Abbasiyyah (750-1258M) yang menggantikan Dinasti Umaiyyah memindahkan pusat pemerintahan ke Iraq. Ketika itu, Baitulmaqdis mengalami pembangunan dan kemakmuran. Ahli sejarah mengatakan, pungutan cukai dari Baitulmqdis amat memberangsangkan semasa pemerintahan Bani Abbasiyyah.

Jelaslah bahawa hadis Abu Daud yang dipetik Amaluddin Darus untuk membuktikan kelahiran Dajjal itu, mengisahkan realiti politik selepas tamatnya pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidin (Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali RA)

Kemudian hadis Abu daud mengatakan kemunduran Madinah tanda munculnya peperangan-peperangan. Peperangan-peperangan yang dimaksudkan oleh hadis ini lebih menunjukkan kepada peperangan yang dilancarkan oleh umat Islam terhadap Barat atau Dunia Kristian. Dan lambang kekuasaan Kristian pada masa itu adalah kota Konstantinopel (Istanbul).

Setelah menjadi khalifah dan mencipta Dinasti Umaiyyah, Mua'wiyah bin Abi Sufyan segera membangunkan kekuatan tentera untuk menyerang dan merebut kota Konstantinopel.

Mu'awiyah pernah memimpin angkatan tentera muslimin untuk merebut kota Konstantinopel dan usaha itu diteruskan ketika beliau menjadi khalfah selepas Saidina Ali RA. Usahanya itu bermula pada tahun 668M , iaitu tujuh tahun setelah menyandang jawatan khalifah umat Islam.

Sejak itu, cita-cita khalifah Islam untuk menakluk kota Konstantinopel tidak pernah tamat. Setelah mengambil masa lapan abad, barulah umat Islam berjaya menakluk kota Konstantinopel. Kota itu akhirnya jatuh ke dalam kekuasaan kekhalifan Islam Dinasti Uthmaniyah.

Jadi secara rasionalnya, hadis Abu daud berkenaan kemunduran Madinah, makmurnya Baitulmaqdis, muncul peperangan-peperangan dan tertakluknya Konstantinopel merupakan hadis yang sudah menjadi realiti sejarah semenjak pusat pemerintahan politik umat Islam (Khalifah Muslimin) berpindah meninggalkan Madinah sehingga jatuhnya Konstantinopel ke tangan umat Islam.

Cuma apa yang tinggal, bagaimana untuk menghubungkaitkan kejatuhan kota konstantinopel dengan keluarnya Dajjal? Kenapa Nabi SAW tidak menyebut jatuhnya dan berakhirnya pemerintahan Islam di Sepanyol sebagai tanda keluarnya Dajjal?

Wallahu a'alam.

Sumber:
http://bacadanbincang.blogspot.com/2009/11/1-dajjal-telah-menakluki-bumi-lebih.html

Isnin, 1 Mac 2010

Return of The King

Isnin, 1 Februari 2010

Temple of The King















Jumaat, 1 Januari 2010

Return of The King - Prolog